Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Wak Alfian Anjing Kudisan

Blog EntrySep 20, '11 6:10 AM
for everyone




Gambo Hiasan he he he...

Semua tetamu senyap membisu, termasuk Tok. Tuan rumah menjeling semua tetamu dengan pandangan yang Tok faham tetapi sukar untuk Tok tafsirkan kepada umum. Ada kelibat ketidakselesaan dalam ilmu ‘Body Language’. Televisyen masih lagi terpasang, menyajikan cerita Hindustan. Namun, semuanya bagaikan suasana tegang. Tidak tergambar pada benak Tok situasi demikian apabila pergi beraya di rumah-rumah lain selama ini.

Tok ada juga cuba untuk memulakan bicara, menegur sapa dan bertanya khabar tuan rumah, tapi mendapat maklum balas yang sangat negatif. Tuan rumah yang kebetulan ‘penguasa’ di tempat tersebut memancarkan ‘aura’ yang luar biasa. Penguasa, maksudnya beliaulah ‘raja’ di tempat itu, lebih-lebih pasukan beruniform bersenjata. Tuan rumah lebih banyak ‘menembak’ berbanding beramah mesra. Untung sahaja Tok ni dah liat di ‘tembak’ dan membalas dengan senyuman, maklumlah sudah puas ditembak Aki Sahak sewaktu menuntut petua dengan orang tua itu di Tongkang Pechah dahulu. Itu tak masuk lagi 3 tahun duduk sebilik dengan Bob Mazli, orang Melaka. Itulah tarbiah untuk ‘pekak telinga’ Tok bila ditembak. Orang kata, sekarang ‘tak lut’.

Cerita Hindustan di TV sudah masuk babak lucu, namun semua penonton diam membisu. Tok cuba lagi bertanya khabar keluarga Tuan Rumah di seberang, tapi cerita tuan rumah tetap sama, menembak tetamu! Mulanya beliau persoalkan profesion kami yang belajar tinggi tapi akhirnya melayan budak-budak. Kemudian masuk juga pada hukuman rotan, denda dan sebagainya. Tok jadi sasaran sebab Tok yang banyak menegur beliau. Dikatakan Tok kerja duduk sahaja gaji masuk. Dalam kepala Tok ini ligat berpusing mencari akal dan sebab; kenapa kami dilayan seperti seteru. Mungkin dia ada ‘Kisah Hitam’ bersama orang yang kerja kuli macam Tok.

Zikir terhadap penguasa zolim: banyakkan "Robbunallah, Hasbunallah" dan Setiap pagi "inna fatahna laka fatham mubiina" 30x...InsyaAllah.


Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana Tok boleh tersesat beraya di rumah pegawai keselamatan bertahap tinggi alias tahap ‘super saiya’ macam tu. Sebenarnya Tok ni saja-saja ikut orang, yelah bulan Shawal tak habis lagi, Tok pun tak diberi briefing awal, ingat kawan Tok ni ada pakcik di kem tersebut, ingatkan ahli biasa dan tak sangka sudah bertahap penguasa dan dipanggil ‘tuan’. Tidak seperti rumah pertama tadi kami mendapat layanan 1st Class, kini segala-galanya begitu kontra. Tapi taklah teruk sangat sebab kami diberi makan dan minum dan menerima layanan baik dari ‘madam’ isteri penguasa tersebut. Tuan Rumah berpangkat pak sedara dengan kawan Tok. Baru Tok paham, dia ni jenis Bugis yang ada kampong halaman di seberang (Sulawesi). Tok pun ada darah Bugis juga, tapi darahnya tak lebih 2 sudu he he he. Mungkin ini semua terjadi akibat ada ‘konflik rumah tangga’ antara dia dan kawan Tok dan Tok baru dapat tahu dan tidak pula Tok ceritakan di sini. Bak kata Dato Siti, “biarlah rahsia”…

Atok jadi tak sedap hati. Kenapa semua diam membisu. Dalam kepala ini tiba-tiba terlintas perkataan ‘Asma’ Bungkem’! Jangan-jangan tuan rumah ada mengamalkan amalan ini memandangkan beliau ketua pasukan bersenjata. Ilmu batin buat mengunci mulut dan menundukkan orang. Kalau Aki Sahak, beliau gunakan Keris Jalaknya yang tersangkut di dinding buat mem’Bungkem’ (eh betul ke istilah ni?) mulut tetamu. Mata Tok melingas lagi, Tok ternampak cincin di tangan tuan rumah, Tok tersenyum, sama pula batunya seperti batu yang tok bawa dalam beg galas Tok. Fahamlah Tok sekarang…Atok mula menongkat lidah ke lelangit untuk memasang pertahanan, ketika itu tuan rumah ke tandas. Atok keluarkan juga ‘Asmak Bungkem yang Tok dapat dari Raden Ir dan masukkan ke dalam poket atas. Tak lupa juga Tok segera sarungkan Cincin Baiduri pecah 4 yang beramalan dengan Doa Nurbuat. Seterusnya Tok menarik nafas sambil memakrifatkan pertahanan ‘mee segera’….sebagai ‘back up’…ada juga ‘Badar Besi’ di dalam beg tersebut. Itu Tak termasuk lagi Rajah Khotamun Nubuah pemberian Pak Guru Samson….seterusnya wait and see kata orang puteh…ceh sungguh banyak temberang Tok Belawok kali ini ehe he he…

Sampai masa makan, kami berpindah ke meja makan. Sajian kuih pisang kukus dan mee siam memang cukup enak, memang pandai ‘Madam’ masak. Tuan rumah kemudian duduk di sebelah Tok…Tazkirah beliau diteruskan lagi. Kali ini beliau menegur Tok kerana memanggilnya ‘pak cik’. Katanya umurnya muda lagi 50 tahun dan mesti dipanggil ‘abang’. Dalam hati terlintas pada tok, kalau begitu Mbak Hajah, Bonda Tok boleh la Tok Panggil ‘kakak’ he he he…muda nya. Yelah, lepas ni Tok panggil kau ‘Abang’ ye…

Sampai masa nak balik, Tok sempat tarik nafas dan makrifat sekali lagi buat pertahanan terakhir sebelum bersalaman dengan ‘Abang’. Selepas bersalaman, Tok terus keluar melihat pokok2 bunga yang cantik di luar. Tok kemudian masuk ke kereta menunggu kawan Tok yang kemungkinan sedang ‘dibasuh’ buat kali yang terakhir oleh pak sedara alias ‘Abang’ itu. Tak sampai seminit, ‘Abang’ muncul di muka pintu dengan wajah yang agak cemas dan melambai-lambai kami. Tok terus keluar kereta dan menyangka ada bungkusan ‘nasi berkat’ yang hendak diberi.

Sampai di dalam rumah, Tok lihat Kawan Tok udah terkulai layu sambil dipapah oleh ‘Abang’. Dia tiba-tiba pengsan dan tak sedarkan diri. Kawan Tok yang sorang lagi pun masuk ke rumah, cuba untuk menyedarkan kawan yang pengsan itu tadi. ‘Abang’ terus menelefon pak ustaz atas saranan ‘Madam’. Tok pula memicit2 kaki kawan Tok ni; sejuk. Rakan Tok mula bergerak-gerak dan respon. Pak Ustaz tak ada kerana beraya. Baliau segera memanggil 2 anggota yang bertugas untuk membawa rakan Tok ke Hospital. Tok segera menaiki van anggota keselamatan dan terus bertolak ke hospital di salah sebuah Bahagian di Sarawak ini. 2 orang rakan Tok segera menunda van tersebut menaiki kereta. Syukur Alhamdulillah, beliau disahkan normal oleh pihak hospital. Cuma tragedi yang baru berlalu beberapa hari ini menjadi ‘Misteri’ yang tak terungkai bagi Tok dan menjadi modal untuk Tok ‘temberang’ cucu-cucu semua kali ini.

Belawok! Belawok! Belawok!...Keh! Keh! Keh!


alfiannagasakti wrote on Sep 20, '11
Anjing berkudis ini menyalak lagi! Woof...Wooof!!
alfiannagasakti wrote on Sep 20, '11
Sedih...aku ada la doakan org2 macam korang tiap2 hari supaya selamat dan bahagia hingga ke anak cucu....tapi ini balasan depa? Macam tak mengenang budi...nyampah...rasa macam nak menangis huuuu....wooooo....sedih...
Add a Comment